Followers

Wednesday, February 27, 2013

#347 hari ni..

Alhamdulillah untuk hari ini,

tak semua yang kita rancang menjadi, sebab kita yang merancang Allah yang menentukan :)

tapi setiap perancangan yang kitabuat hendaklah sekurang-kurangnya dibuat bincang..bukan terus berubah secara drastik. inilah yang aku dapat belajar dari tapuk pimpinan orang-orang yang lama, bila dah berkuasa ingat semua orang kita boleh kawal..

apa yang aku nak cuma kalau boleh semua orang berpuas hati, tak kirala kau cikgu atau murid, orang atasan atau bawahan, setiap peringkat patut diberikan hak yang sama, tapi aku dahulukan yang bawahan, insyaAllah jika tiada berubahnya niat ini.

mengajar bukan sahaja dalam kelas atau buku teks, tapi secara coup de tat juga boleh mengajar sesetengah pihak. kalau semua jawatan kau nak pegang, kau tak boleh nak fokus kat satu, jadi.. bagi komitmen kau satu per satu, jadi apa yang kau rancang jadi yang terbaik..!

itu prinsip aku, bukan niat dendam atau dengki tapi aku nak ajar kau supaya pandai meletakkan prioriti.. kenapa kau bertindak kerana orang atas? adakah kau takut bersuara? kenapa kau menjadi ketua kalau tak petah bicara?

tersentap terkilan apabila orang bawahan berbicara, siapa kau?tinggi sangatkah kau sampai tak mendengar cakap kami?

kami orang bawahan, golongan diperkudakan oleh setengah pihak, ada satu perubahan jangan drastik, bincang dan rancang bersama, itu konsep ukhwah. tiap tiap hari belajar agama kau masih belum paham ya?

baru cubit sikit saja, belum tampar tampar, kau dah nak beralah? jangan. kau harus ingat kami bukan apa apa. kami tak benci anda, cuma tak bersetuju. cara kami adakah salah, tidak tapi hanya mencari kebenaran.

spuluh jari disusun rapi tanda aku sendiri meminta maaf, niat aku bukan membuat musuh tapi mengajar bakal khalifah dunia.

Tuesday, February 26, 2013

#346


Hanya mampu terdiam, tatkala persepsi dan influensi luaran menceroboh pandangan, mencacatkan fikiran.

Kita manusia biasa, tak semua semudah yang kita sangka, walaupun mudah pada luarannya, tapi dalaman begitu kompleks.

Bukan cinta yang aku bincangkan tapi isu kredibiliti dan tanggungjawab,

bak kata orang lama-lama, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat,

bersifat terlalu optimis dan terbuka prinsip diriku,

malas aku ingin huraikan kerana bicara ini sangat sensitif bagi diriku

sebagai khalifah, sebagai orang memegang amanah...

Ya Allah terimalah pilihanku ini sebagai satu pilihan yang diredhai..

bukan kekecohan yang daku pinta, tapi atas dasar mengajar.

mengajar sesetengah manusia yang
meninggalkan orang lain menjadi teraniaya..
menegakkan keadilan dan hak kesamarataan, bukan kerana malas atau dendam...

:))

#345

Happy Birthday to u bro, Wafi Halim,!!

Walaupon perangaimu kadang-kadang buat orang meluat, menyampah, malas, tapi tanpa gelak ketawa dan benda gila yang hang buat, kami kadang kala kesunyian bro hahaha

todia...

Selamat hari lahir ke 20, semoga Allah memberkati dan melimpahi rahmat kepada kamu :D

#nohomo #bromance

Thursday, February 21, 2013

#344 PS4

Ps4 merupakan keluaran produk terbaru Sony dalam franchaise Play Station(est Holiday 2013,December kot..). 

Dulu kita pernah tengok orang main PS1 game macam Digimon World, Harvest Moon bagai, PS2 start main game macam Shadow Of Collosus, Crash Bandicoot, PS3 special baru keluar tahun 2011 game macam God Of War, Heavy Rains yang special-PS-type(kiranya hanya PS console saja yang boleh main, Xbox PC version xda)


Dengan teknologi Blu Ray, Sony dah boleh mengelakkan berlakunya piracy terhadap dunia gaming. Blu Ray Disc yang selalunya dalam rm 300 ke rm400, ( berdasarkan harga game ori) tidak boleh di''burn'' atau ''cutpaste'' dengan mudah macam yang kita buat dengan CD DVD disc dulu dulu.(kena ada burner untuk Blu ray,tapi ada ka burner Blu Ray?)

Oleh tu, sebelum keluarnya PS4 kita bincang dulu sikit tentang specs and features yang dikeluarkan oleh Sony sendiri.
Sebelum ni, saya sendiri tak pernah tengok part specs kat console ( selalunya kalau nak riki henset baru gelabah nak tengok..hehe) tapi sekarang Sony dah start keluarkan specs untuk PS4.

MAIN PROCESSOR

CPU:8 cores ( the more the better)
GPU: AMD next generation (Sony laptop pun banyak guna AMD drpada Nvidia)

MEMORY:
GDDR5 8 GB (ok selalu kta tengok dalam laptop DDR ja kan? GDDR ni mainly untuk Graphic, the more the better, ada laptop GDDR5 8 GB tapi jarang orang nak pakai, sebab mainly untuk graphic processing)

COMMUNICATION

boleh ETHERNET, INTERNET dan BLUETOOTH( wireless joystick bro, xkan nak bluetooth lagu kot? hehe)

AV OUTPUT

standard HDMI, boleh sambung kat LCD, TV plasma korang :D

PRICING 

soon will be informed

RELEASED DATE

''holiday 2013'' (some say in December, some said will be earlier, kita pon tak taw...)

DESIGN AND MOCK UPS

banyak sangat, tak sure yang mana satu ni, tapi ni jela yang saya boleh bekalkan kepada korang.

controller siap ada touch screen kot..


ni febret aku ni.. hehe


sedikit refleksi:ps4 akan compete dengan xbox 720, sekarang ramai dah tak layan console sebab pc lagi cepat update graphic cards daripada console,( yang slalunya dalam 3-4 tahun) tapi yala console is for someone yang betul betul nak gaming, lagipon  bila kita install banyk sangat game dalam laptop satu hari meletop ke crash susah nak ganti, console tukar tukar cd je dah boleh play..pasal cd game ps4...siyes aku cakap,susah giler kot nak cari yang ciplak..hehehe goodluck and happy hunting..:D


Tuesday, February 19, 2013

#343

Sebenarnya aku takut nak share blog ni kat public, sebab banyak benda dalam ni yang aku ,...kalau boleh taknak share kat semua,..

hahaha
tapi nak wat macam na, at least i want someone, at least SOMEONE..to read it, appreciate it and comment it la kan, hahaha

at least the message delivered la..what message? I dont know hahaha
satu benda yang aku paling nak takut adalah bila aku post pasal someone, dan DIA BACA,..pandangan dia dekat aku dah pelan-pelan berubah bro.. :/

xtahula samada ni just a hunch or im just feeling sensitive all over myself..:)

DIA yang aku maksudkan tu.. baru-baru ni aku ada jumpa..but, sekali imbas je la. DIA tak macam dulu dok.. slow-slow aku nampak dia cuba larikan diri bila nampak aku..(TT__TT) 
tula ter demoralized sikit...

ps:/ haritu, time die bagi manifesto tu aku tgk..xpaham sikit habuk :D aku xmain politik-politik ni.. kotor :P

#342

Dah start latihan rumah sukan Hijau (Panglima) hari ni.. penat la siak dah lama tak bersukan.. asyik terperuk tengok laptop ja kot petang-petang ni,,,

lontar peluru, sukan untuk budak-budak gemok..hahahaha

takla, tapi sukan ni jela aku boleh pergi pon,..100 meter, 400m, 4x400m,4x1000m memang tak bolehla..
lompat2 pon berat nak wat macam mana..wkwkwkwkwk

ps:agaknya tercapai tak impian aku nak dapat pingat tahun ni,?? haih, tak confi la tapi I''ll try my best la bro :)

Friday, February 15, 2013

#341 Perihal Diri

Assalamualaikum, salam sejahtera,salam 1malaysia,salam Kedah sejahtera

  

Nama: Muhammad Khairul Arif B Muhd Radzi (boleh panggil Arip, Khairul, Krul)

Umur: 21 tahun (7 hb Ogos 1992)

Alamat: 35, Jln Sepilai, Tmn Maktab, Kulim

Siblings: 2/3 Seorang Kak Yong dan seorang Abang Cik hehe

No H/P: 012-480++++

Pelajaran: UPSR (2005)
                   PMR (2007)
                   SPM (2009)
                   Universiti Islam Antarabangsa- Foundation of Engineering (2010-2011)
                   PPISMP Semester 1 IPGKDA (Jun 2011-Dis 2012)
                   PISMP Semester 1 IPGKDA (Jan 2013- )

Hobbies: Drawing (walaupon tak sehebat mana)
                Kareoke!!!
                Play guitar (ok, bolehlah sikit-sikit...buat jiwang-jiwang..~)
                Cooking...when starving
                Photography...minat photographing tapi cukup penyegan nak meng-edit
                Blogging....asal boleh..



''If You Want To Make Enemies, Try Making Something New''
+++++++++++++++++++++++++

Besties Corner

Syafiq Amirul the Thinker!

Mohd Danial the Muscularr!!

Raja Muhd Fairuz the Botak!!

Shafeeq Hisyam the Sweetest guy? haha joking bro
Fathin Atiqah the Tintin?

Syuhada Shukri the Secret Recipe!!


Muhd Awais Abd Halim the MODEL!! cun beb! :D



Iqwan Zarif the Lost CONTACT -___-



''You really know someone when uve been with them like forever!!''
++++++++++++++

BUDDIES IN IPGKDA

Wafi Halim (aik awat bold italic ni?)


Amzar Annuar

Al Hafiz Sabri

Muhamad Alif Firdaus

Bro Zack hahaha


 ''Do you know what ship will never sink? Friendship.''
++++++++++++++++++++++++++

ps: Alhamdulillah, tang mana aku pi pon mesti ada memember yang menemani.. walupun takla ramai macam kau hado tu tapi ok la hehe

pss:aku ada satu ''sifat'' yang kurang best la,..aku suka memilih kawan,..aku tak boleh blend in dengan semua jenis orang, just yang tertentu saja yang boleh ngam.. tu kadang-kadang aku terfikir..aku ni sombong jugak sebenarnya :P

Thursday, February 14, 2013

#340 Kisah BENNARR!

KISAH BENARRRR!!!
assalamualaikum,
tolong bacew sampai habes..


cerita benar:

saya ada sorang adik
dia pemalas
suka tidor lambat dan tak suka baca buku.
dia suka makan dan tengok tv memanjang..

dia tak suka pergi sekolah..
1 minggu ni  dia ponteng sekolah..
kenapa?
apa yang tak best g skolah?

saya dah banyak kali nasihat dia
tapi dia tanak dngar..
ayah dah banyak kali rotan dia..
tapi dia tetap keras paler..

kami buntu..
satu hari..
ayah kami telefon cikgu
tanya pasal adik saya

ada orang buli ke?
ada orang kacau ke?
cikgu mengajar tak elok ke??

cikgu terkesima..
ayah mengunggu jawaban cikgu...
lalu..
cikgu pun jawab.



"sekarang cuti tahun baru cina lah pakcik.."

#339


BACK to work....

#338

Dalam tengah tunggu nak pergi solat Jumaat ni, tergerak jari-jari ini nak menulis blog.


Tinggal 2 hari ja lagi nak start kelas balik. Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan kelas, sebab kelas is fun,( dahlah kejap2 je, tengok sejam dua jam habis.. petang tido) tapi dengan bekalan assignment yang sangat melampau2 membuatkan aku takde semangat nak mengharungi hari esok..(dramatik music~)


heh

Kalau sekali dapat assignment tu, sampai 3-4, nasib baikla takdak yang kena hantar sekaligus, kalau tak da lama aku resign~haha macam bole.


But the good thing is...

For the last few weeks, aku tiba2 rasa rajin nak pi library. Padahal stay kat library pon bukan buat kerja sangat pon, sembang ja lebey. Aku yang bukan kaki study pon la ni dah reti nak study, kiiki (agak boleh dapat pointer 3.7++ tak kali ni?)
 
ps:Aku compare penulisan aku sekarang dengan zaman 2009/10, aku rasa aku sangad la TAK MATURED...!JIWANG LEBIH...!GEDIKK...! dan BAJET COMEL...!!! hahaha, nak delete la post2 lama yang aku meroyan tak tentu pasal...(''-___-)*delete



a picture kudos to:stevemacaulayphotography.com

Monday, February 11, 2013

oppa duk buat staill~



Sumber berita:PSY for BN?


Apa ni Arip?tiba2 nak sembang pasal politik tiba-tiba? haha..mana ada politik wey.. PSY kot? hehehe oppa gangnam stail, oppa duk buat stail hehehe~

ps:/xberani den nak bincang politik kat sini, kang kena buang negara den nak menetap kat mana? Bangladesh? :)

Dalam buku hitam...

Hari tu aku tak ingat lansung psal tutorial yang madam bagi.. haha ingat xpayah hantaq bagai, so aku tak buat lansungla. tup-tup dia mintak..

cuak habeh la aku dengan member aku ni, pakat cepat2 nak salin2 jawapan dari orang ramai, haha

yang agak poyonye aku ni, kerja yang aku tak siap tu aku salin dalam buku hitam aku..err diari?hahaha,...yang akhirnya aku hantar kepada lecturer aku tu la..hahaha bodo

yes i said that.

so..
cerita tentang aku dengan dia tu aku on hold dulu la..memang tak dan nk mintak kat madam semenjak dua menjak ni...

ps:dah berkurun dah aku tak tulis jurnal..rindu beb rasanya..-.-