Followers

Thursday, March 14, 2013

#349 dulu,kini,dan selamanya

hari ni aku nak sembang2 ja dengan hampa semua,..apa yang aku sedar berubahnya diri aku dari dulu, kini dan harapannya di masa depan...

dulu
time aku giat menulis blog aku giat nak tarik follower, join contest sana sini, SEO bagai...tulis post ntah ape2 dan aku sendiri enjoy bila orang komen, mngelike dan bincang ttg post aku tu

kini..
aku lagi syok bila menulis blog yang simple2,..template pon dah sedia, buh lagu fevret dan merapu sorang2..penulisan aku dah lebih kepada benda yang aku minat dan kalau ada follower tu, kiranya macam credit la untuk aku meneruskan career ni hehe ayat2 aku dah tak macam time baru nak up dulu.. aku tulis simple2 just bagi mesej yang aku sampaikan tu terang dan jelas bro

dulu..
aku suka duk dengan kawan2 yang aku rapat ja..sebab time tu mak aku suruh memilih kawan,..tapi in the end, aku sedar yang banyak dalam dunia ni aku tak teroka habis..

sekarang..
aku nak lepak dengan semua orang, tak kirala, pakcik jaga gerai pasar malam ka, pakcik kantin ka, makcik cleaner bapak gengster,mat rempit semua aku lanjan ja.sebab apa? sebab aku dapat satu benda yang orang lain xdapat iaitu, experience... bila kita duk dengan orang2 yang baik2 saja, kita akan rasa diri kita terlalu baik dari semua orang, tapi bila kita duk dengan orang yang kurang baik..kita dapat tahu hati budi mereka..bukan semua perompak adalah born to be a perompak,. tapi ada sebab2 yang lain..:) tapi kena pandai jaga diri la bro..tak pasal2 terlibat dengan jenayah ka apa tu, kan satu hal :D

dulu
aku suka rendah2kan orang, cakap ikut sedap mulut aku saja..aku tak kira sebenarnya ko nak sakit hati ke ape..just jnji apa yang aku nak sampaikan tu biar kena batang hidung..haaaa~baru syok

sekarang
aku suka berfikir..fikir apa yang aku nak cakapkan..kadang2 bila dah banyak sangat berfikir, aku jadi malas nak bercakap hahahaha,terutamanya bila sembang ngn member, walaupon dia cakap benda yang merapu, aku dah tak boleh support dah dia cakap..hahaha malaih2..

dulu
kalau bab bab bercinta ni aku cukup tak minat....tak kirala kat sekolah ka apa,kalau aku lonely aku just chat kat facebook, dapat senang2..sorry to say but kat facebook la banyak orang yang mencari jodoh..so apa salahnya aku try once in a while kan..

sekarang
aku pikir yang bila bercinta ni.. aku bawak satu imej..kepada msyarakat, kpada agama aku..kadang2 memang la aku pun meroyan sekali dua sebab suuuukaaaa sangat kat seseorang tapi bila aku fikirkan, aku pon tak ready nak menikah..assignment pon tunggang langgang nikan nak menikah bagi makan anak bini, guane ustat?:) aku rasa biar rilek dulu..kadang2 hormon aku tak stabil tu yang macam2 aku fikir..dah bila dah stabil macam ni..aku janji dengan hati aku ni..

''rilek bro..study tak habis lagi.nanti bila cukup iman dihati aku akan ikat dia dengan tali pernikahan yg sah :D'' fwaaahhh tak boleh blah..~

cukup2 tu ja aku nak update dipagi hari ini..biarlah rahsia itu lekat dihati bro.:D

#tantrummm~

2 comments: