Followers

Friday, February 5, 2010

Contest2!!

Anda bosan tidak tahu apa yang mahu ditulis di blog anda? Buntu? Ketandusan idea? Apa kata korang semua sertai contest aku ini. Sekurang-kurangnya, ter'update'lah juga blog korang. Manalah tahu jika korang bernasib baik, korang boleh menang contest aku ini?

(credit to Emila Blog)

Contest ini senang saja. Anda hanya perlu menulis satu entry menceritakan tentang angan-angan @ impian ATAU pengalaman anda sebagai SEORANG JUTAWAN (tu pun kalau ada la..). Anda bebas menulis samada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Bahasa-bahasa lain seperti Indonesia, Thailand, dan mana-mana bahasa yang tidak berkaitan, janganlah tulis ya. Kalau tulis juga, aku geget korang. Haha.. Antara syarat-syarat lain adalah seperti berikut;

1) Sila 'link'kan entry korang ke blog aku (syarat umum dan WAJIB).
2) Sila maklum penyertaan anda di ruangan komen entry ini, BUKAN di ruangan chat.
3) Anda BEBAS salin dan tampal (copy and paste) ilustrasi di atas, buat perhiasan. Haha..
4) Tajuk entry BEBAS! Asalkan kandungan entry tidak lari tajuk, okey? Haha..
5) Sesiapa pun boleh sertai, tidak kisah follower ke bukan follower ke.. Join je..

Hadiah.. Hm.. Hadiah ek..? Korang mahu hadiah juga ke? Haha.. Okey.. Hadiah-hadiahnya;

Pemenang tempat pertama, akan mendapat title 'Mat/Minah Jenin Era Baru' DAN RM30 top-up.

Pemenang tempat kedua, akan mendapat title 'Pengigau Siang dan Malam' DAN RM20 top-up.

Pemenang tempat ketiga, akan mendapat RM10 top-up tanpa apa-apa title. Hahaha..

Nampak aku macam main-main, bukan? Oh, tidak. Title tu mungkin main-main. Top-up tu bukan main-main, okey?

Hadiah tidaklah selumayan mana pun. Ini adalah contest suka-suka saja. Budak-budak sekolah pun boleh karang esei macam ini. Kalau sebelum ini, korang asyik gelakkan esei budak-budak sekolah, apa kata korang plak tulis esei. Boleh kita gelak sama-sama pula. Amacam? Ada berani? Kalau berani, jom sertai contest dari aku ni..

TARIKH TUTUP:
4 MAC 2010!!!

Peace!

organizer::

(http://aduka5.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment